DONUT GEBU

Donat gebu gebas, yang sangat mudah dan enak dimakan. 
jadi suka plak buat bila anak-anak pun suka nak makan. 

sini miza share resepi donut yang mudah ne:

Bahan
1 paket yis kering
  4 sudu susu pekat
1 1/2 cawan air suam 
  1 sudu gula
secubit garam
  campurkan bahan ni dan biarkan kembang
1 kg tepung gandum
  4 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
-ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 30minit. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye..JANGAN TAMBAH TEPUNG.
-Lepas 30minit tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian dah boleh terap klu siapa ada acuan donut, miza xde guna tangan jew bulat2kan pastu tebuk lubang tengah2.
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.

ada asst yang dah lapar



miza xde acuan donut yang orang duk jual tu. Miza guna tangan jew bulat2kan pastu tebuk lubang tengah2.
-Biarkan sekejab tunggu donut ne mengembang.. Lepas tu boleh goreng.
tara.... Siap untuk dimakan.


Previous
Next Post »